The 6th International Conference on Banking and Finance (ICBF) 2019 and Doctoral Colloquium
UUM BACHELOR OF SCIENCE IN ECONOMICS (HONS) PROGRAMME RECEIVES AUN-QA CERTIFICATION
Welcome to the School of Economics, Finance and Banking
SEFB TOP MANAGEMENT 2018

Current Active Students

statstud

SEFB Video

SEFB JELAJAH MERDEKA DAN MENANAM POKOK GAHARU

Program Perarakan Merdeka dan Penanaman Pokok Gaharu

SEFB Online: Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) telah melaksanakan Program Perarakan Merdeka dan Penanaman Pokok Gaharu yang melibatkan seramai 55 orang staf akademik dan pentadbiran SEFB serta 11 orang staf Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP). 

Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Siti Aznor Hj Ahmad dalam ucapannya berkata bahawa, objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran dan semangat mencintai alam sekitar bumi Malaysia yang merdeka. Perarakan Merdeka bermula dari SEFB ke ladang gaharu yang jaraknya sejauh 700 meter.  Sebanyak 175 pokok berjaya ditanam pada hari program tersebut. En. Amran Mahmud, Penolong Pemelihara Hutan, JPP telah memberi taklimat tentang pokok gaharu yang mempunyai nilai komersial yang tinggi disamping menunjukkan teknik menanam pokok gaharu.

Staf SEFB merasa teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama menanam pokok gaharu yang diketahui umum bernilai puluhan ribu ringgit bagi satu kilogram untuk teras gaharu gred A. Dekan melahirkan perasaan sukacita kepada yang terlibat dalam program ini dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JPP yang telah membantu merealisasikan aktiviti yang dirancang.

HABIS.

Print Email

Gallery